Thursday, January 17, 2013

11. SETAHUN BERLALU...

Tahun 2012 telah lebih setengah bulan meninggalkan kita dengan aneka kenangan. Tahun 2012 juga telah menemukan kita dengan ramai tetamu yang menginap di tiga lokasi Syabashomes yang kemudiannya menjadi kenalan. 

Para tetamu yang menginap di premis kita semuanya baik-baik belaka... datang berkunjung ke Ipoh atas pelbagai urusan seperti menghadiri majlis perkahwinan, berkursus, melancong, menemani anak-anak menerima sijil dan diploma di majlis konvokasi kolej dan ada yang menemani isteri melapor diri ke pejabat baru. Malah ada tetamu yang menjadikan lokasi Syabashomes untuk majlis perkahwinan.

Kita juga ada menerima banyak tempahan daripada tetamu-tetamu yang datang ke Ipoh untuk menyertai karnival sukan seperti badminton, tae kwon do dan ekspidisi berbasikal.

Atas apa jua urusan pihak Syabashomes menerima para tetamu dengan rasa syukur dan sentiasa mengalukan-alukan  kehadiran tetamu baru sambil menawarkan khidmat terbaik.

Kita juga amat berbangga kerana ada tetamu yang membersih dan mop lantai rumah, basuh kain cadar, sarung bantal dan comforter waima tong sampah pun...

Kita sungguh-sungguh bersyukur mendapat teguran-teguran dan saranan-saranan daripada para tetamu mengenai penambahbaikan kemudahan-kemudahan seperti penyediaan tuala mandi dan penambahan katil di Syabashomes Meru Hills. Alhamdulillah, tetamu kita pada bulan Januari 2013 telah menikmati kemudahan tambahan sebuah katil double di bilik utama Meru Hills.


Kita juga menerima saranan supaya ditingkatkan kemudahan ruang tetamu dan ruang santai di Syabashome Chepor Indah. Saranan yang baik tersebut juga telah dilaksanakan. 


Para tetamu Syabashomes Chepor Indah juga menerima kemudahan bekalan tuala mandi yang disediakan di setiap bilik tidur berkatil.



Akhir sekali ada saranan supaya padang bersebelahan di dalam kawasan rumah di Chepor Indah dijadikan ruang parkir tambahan dan ada tetamu yang mensarankan supaya dilanskapkan padang lebihan tersebut beserta children's playground. Kita sedia pertimbangkan dan akan laksanakan yang terbaik pada masa terdekat.


Syabas bajet homestay Silibin mencatat tempahan terbanyak sepanjang tahun 2012 walau pun premisnya hanya sebuah unit rumahpangsa dua bilik di tingkat 1. Pada kadar sewaan RM120 sehari semalam atau pada kadar RM15 untuk satu orang, kemudahan 8 katil dan kemudahan lain yang ditawarkan adalah sama selesa dengan kemudahan di Chepor Indah dan Meru Hills.

Semoga di tahun 2013 Syabas Homes terus mendapat sambutan... dan terus berkembang...In sya Allah

No comments:

Post a Comment