Tuesday, February 19, 2013

16. MOH KE IPOH...DUA ACARA HEBAT HUJUNG MINGGU INI

Dua acara hebat di jadualkan berlangsung di Ipoh pada hujung minggu ini:

1. Pusat Pendidikan Albarakah dengan kerjasama kerajaan negeri Perak dan majlis bandaraya Ipoh akan membawa Assyeikh Dr Maher bin Hammad Al-Mueaqly, Imam Masjidil Haram untuk mengimamkan solat Maghrib dan 'Isyak berjemaah pada petang hari Khamis 21hb Februari 2013 bersamaan 10 Rabiul Akhir 1434 bertempat di Dataran Letak Kereta, Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.


2. Masjid Jamek lama pekan Gopeng pula telah menjemput daei' tersohor, Ustaz Azhar Idrus pada hari Sabtu 23hb Februari 2013 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1434 untuk menyampaikan kuliah selepas solat maghrib sambil menjawab soalan-solan daripada jemaah pada petang hari tersebut.


Sama-samalah kita semua muslimin dan muslimat hadir sambil memanfaatkan majlis-majlis tersebut. Semoga kita beroleh ilmu dan pengalaman berguna daripada tokoh-tokoh ilmuan tersebut.

1 comment:

  1. As reported by Stanford Medical, It's in fact the one and ONLY reason women in this country live 10 years more and weigh on average 42 pounds less than us.

    (And actually, it has totally NOTHING to do with genetics or some secret exercise and really, EVERYTHING about "how" they eat.)

    BTW, I said "HOW", not "what"...

    CLICK on this link to find out if this quick test can help you find out your true weight loss possibility

    ReplyDelete