Friday, May 18, 2012

5. MYDIN MALL DIBUKA DI MERU RAYA, IPOH

MYDIN MALL atau Pasaraya Besar Borong MYDIN, sebuah mercu tanda baru di bandar Meru Raya, Ipoh hari ini dibuka dengan rasminya kepada orang ramai. Kompleks membeli belah seluas 791,000 kaki persegi yang menelan belanja sebanyak RM150 juta* menjadi tumpuan orang ramai sejak jam 10.00 pagi tadi yang datang untuk membeli banyak barangan yang dijual dengan harga promosi. Datuk Bandar Ipoh menjadi tetamu istimewa berkunjung pagi tadi sambil meresmikan pelancaran operasi bisnis


Walau pun masih banyak ruang-ruang niaga yang masih belum beroperasi, kedai Habib Jewels yang menawarkan barang-barang kemas emas permata pada harga promosi nampaknya menarik pusuan pengunjung. Berbelanja sakan orang-orang Ipoh nampaknya.


Terletak dipesisiran lebuhraya PLUS di Plaza tol Jelapang, berhadapan dengan Pusat Terminal Bas Ipoh yang baru, berhampiran Kompleks Jabatan Imigresen Perak, Jabatan Audit Perak, Jabatan Perhutanan Perak, Jabatan Pendaftaran Perak dan dua buah Sekolah Antarabangsa menjadikan lokasi kompleks Mydin amat strategik sekali dan semestinya akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pesat bandar Meru Raya.


Syabas Homestay Chepor Indah yang terletak 5 KM dan Syabas Homestay Meru Hills yang letaknya hanya 2 KM dari Pasaraya Besar Mydin turut berbangga diatas pelancaran MYDIN MALL hari ini.

Sedikit sebanyak kami turut memberi sumbangan kearah kelancaran pembukaan kompleks hari ini kerana Syabas Homestay turut menjadi tempat para kakitangan dan pegawai-pegawai MYDIN, Meru Raya, Ipoh berkampong sehingga akhir bulan ini.

Selamat beroperasi dan selamat berbelanja dengan berhemah...

Terima kasih kepada MYDIN kerana sudi berurusan dengan Syabas Homestay.

*sumber maklumat: brochure MYDIN Mall

No comments:

Post a Comment