Musim
durian luruh dah masuk bulan kedua…dan durian masih banyak dan murah. Tetamu
yang menghuni Syabas homes sama ada di Chepor Indah dan Meru Hills boleh
mendapat bekalan durian yang baik memang mudah. Banyak penjual durian yang berniaga
sepanjang Jalan Silibin- Jelapang, di pekan Jelapang dan pekan Chemor termasuk
di kawasan persekitaran seperti Gopeng dan Sungai Siput
Cuma
kita nasihatkan kalau nak makan durian, makan dikawasan laman rumah atau wakaf
yang telah disediakan.
Banyak
pilihan ada. Ada durian kampong dan ada durian kawin.
Durian
baka D24, D 19 dan D99 menjadi pilihan saya kerana rasanya yang manis dan isinya
cantik serta warnanya menarik.
Durian
‘Musang King’ adalah yang terbaik tetapi harganya agak mahal. Dijual pada harga
sekitar RM20 sekilo, durian enis ini menjadi rebutan penggemar durian. Jika ada
yang berminat bolehlah mecuba mendapatkan bekalan di gerai buah-buahan di persimpangan jalan Tanah Hitam-Chemor
berdepan padang KTM.
Selamat
menikmati durian Perak…